Thursday, January 10, 2013

Soal Jawab Isu Semasa Part 1


Hari nie Bro Janggut nak share sedikit Session Soal Jawab Ustaz kegemaran bro dgn korang sumer. Ambe selese dgn pendekatan yang ustaz nie gunakan.. sempoi.. ringkas.. yang penting.. member nie orang Ganu..hehehehe..

Soalan #1

Ustaz, bagaimana cr menguruskan jenazah yang bertukar jantina ?

Jawapan...

Caranya adalah, jenazah di kapankan dan di solatkan mengikut jantina asalnya kerana penukaran jantina yang di lakukan tidak di iktiraf oleh syarak. Sekiranya jenazah itu asalnya lelaki, maka dia akan diuruskan secara lelaki dan sebaliknya.


Soalan #2

Ustaz, apakah hukum makan udang yang tidak dibuang tahi dalam kepalanya ?

Jawapan...

Ia dibolehkan sama ada hendak dibuang ataupun tidak. Memang semua tahi adalah najis, tetapi menurut pendapat para ulama, tahi udang termasuk dalam najis dimaafkan kerana kandungannya sedikit sahaja.


Soalan #3

Ustaz, apakah syarat2 taubat ?

Jawapan...

Sekiranya dosa kita hanya berkait antara kita dengan Allah sahaja, contohnya berjudi, menonton filem lucah dan sbgnya, syarat2nya adalah:


  • Berhenti melakukan perkara itu.
  • Menyesal dengan perbuatan itu.
  • Berazam tidak mengulangi perkara itu lagi.


Sekiranya kite ade buat dosa dgn org  ( Hok tu .. memang ramai dok buat tapi dok sedor kediri )


  • Memohon maaf. ( Kalau korang dimaafkan)
  • Minta dihalalkan apa yang diambil daripada org itu. ( Kalu dihalalkan- kalau org tu dok meninggal lagi)
  • Mengaku bahawa kita sudah melakukan kesalahan.
  • Pulangkan semula barangan yang diambil.
  • Berhenti melakukan perkara itu.
  • Menyesal dgn perbuatan itu.
  • Berazam tidak mengulanginya lagi.
  • Sunat kite berwuduk dan mendirikan solat sunat taubat dua rakaat.
  • Banyak kan istighfar setakat yang mampu.
Mung tengok.. betape payoh nye nok mintok maaf kalau buat saloh sesama manusia.. tapi ramai orang lening dok sedor ke diri.. Dok kire tudung labuh ke.. kuat gi masjid ke.. same blake.. renung2 kan la..


Soalan #4

Ustaz, apakah hukum kiter menyertai demonstrasi ?

Jawapan...

Hukumnya harus sekiranya ia tidak memudaratkan umat islam.

So, kepada seapa hok duk rasa nok buat demonstrasi tu tolong la.. jaga perangai tu.. nie malu duk tgk kat tv.. habis kete org laing jadi mangsa.. anok sapa dok tau!!!


Soalan #5

Ustaz, boleh dok apabila kita bermimpi orang yang masih hidup itu meninggal dunia, kiter mempercayai bahawa mimpi itu membawa maksud orang itu panjang umur.

Jawapan...

Tiada nas dan dalil yang mengatakan apabila bermimpi orang meninggal, orang itu panjang umur. Mimpi adalah permainan tidur semata-mata dan jangan sampai ia menjadi akidah yang wajib di yakini.

Yang penting kiter sentiasa doakan semoga insan yang kiter sayangi dipanjangkan umur... Amin.


Soalan #6

Ustaz, apakah doa paling mujarap supaya Allah mengurniakan zuriat kepada kite ?

Boleh amalkan baca ayat2 al-quran seperti berikut. Insya Allah.

  • Surah Ali Imran, ayat 38.
  • Surah Al- Anbiyak, ayat 89.

Bile deme doh dapat anak tu.. jangang la abaikan tanggungjawab tu pulok.. (ramai sgt anok2 hok kene dera ke deme )


Soalan #7

ustaz, sekiraya kiter mati dan tidak sempat mengucap dua kalimah syahadah ketika kemalangan jalan raya, adakah kita akan di masukkan dalam neraka ?

Tidak ada hadith ataupu ayat al-Quran yang menyebut, sesiapa yang mati dan tidak sempat mengucap syahadahdi sebabkan oleh mati mengejut masuk neraka. Tidak semestinya mereka itu sesat.

Yang penting.. 24 jam kiter kena la hati kiter hampir dengan-Nya. Neraka atau syurga tu bukan yang patut kiter fikirkan. Itu cuma balasan semata2 tetapi keikhlasana kita menyintai Allah yang penting iaitu satu2 nya kekasih kiter. Fahang dok ?..


Soalan #8

Ustaz, pada zaman sekarang ini, mas kahwin semakin mahal, susahnya kaum lelaki hendak berkahwin. Mohon penjelasan daripada Ustaz.

Jawapan...

Mas kahwin tidak dihadkan oleh syarak banyak ataupun sedikit. bagi menentukan banyak ataupun sedikitnya itu terpulang kepada kedua-dua belah pihak atas persetujuan dan berdasarkan taraf ataupun darjat pengantin. Hukum syarak tidak menggalakkan mas kahwin yang terlalu tinggi dan menyebabka kesukaran bagi pihak lelaki. Sebagaimana Rasulullah menjelaskan dalam sebuah hadith yang bermaksud:

   "Sebaik2 mas kahwin ialah yang lebih rendah"
                     
                                Hadith oleh Abu Daud

 Rasulullah menyatakan:

 "Sesungguhnya yang besar berkat nikah adalah yang sederhana belanjanya"

                                  Hadith oleh Ahmad

Tetapi apa yang berlaku pada zaman sekarang ini seperti terikut-ikut dengan gaya masyarakat yang meletakkan mas kahwin terlalu mahal. Ini berpunca daripada kejahilan kita sendiri. Perlu diingatkan kepada ibu bapa bahawa selepas berkahwin, sebaik sahaja selesai lafaz " aku terima nikahnya,"maka bermula tanggungjawab besar bagi lelaki itu. Segala dosa dan tanggungjawab anak perampuan itu di tanggung oleh si lelaki itu. Segala dosa dan tanggungjawab anak perempuan itu ditanggung oleh si lelaki, bukan lagi terletak pada ibu bapa perempuan. Ini termasuk juga segala keperluan lain.

memang parok (tenat).. kepada bakal2 lelaki yang baru nk berkahwin.. org sekarang letak mas kahwin base on education level.. klu degree tu.. 10K above la.. hahaha..

kepada mok bapok yang mmpunyai anok dara tu sekalian.. jangan la duk ikutkan ckp2 org tu.. yang penting skarang.. deme kena la tgk lelaki tu mampu nk jaga and didik anak kiter.. stakat nk bg 20K mas kahwin tu insyaAllah boleh di usahakan ( stakat pinjam bank..) tapi kalu x mampu nk jaga and didk.. yang naya.. anok dara kiter wehhh!!.. pakai la otak tu sikit.. jangan nama tua jer.. tapi x leh harap.. malu wehh!!!!

Begitu la serba sedikit.. Klu ader salah dan silap.. Bro mintak mahap kay.. just nak berkongsi dan bersantai.. Chow...



Kaler Rujukan:

Pink- Soalan dr masyarakat.
Biru- Jawapan Ustaz Azhar Idrus yang telah di alih bahasa.
Green day- Semburan dr Bro janggut.



Salam,

Bro Janggut










No comments:

Post a Comment

Dare to comment?