Tuesday, January 29, 2013

Soal Jawab Isu Semasa Part 2


Hari Nie Bro Janggut post lagi beberapa persoalan secara general dari beberapa sessi Ustaz Azhar Idrus.. Mari kiter berkongsi dan renung2 kan..

Soalan #1

Apakah hukum memakai baju melayu sutera thai (thai silk) sempena hari raya Aidilfitri ? Setahu saya, memakai sutera hukumnya adalah haram.

Jawapan

Kain sutera asli yang benangnya dihasilkan daripada ulat sutera adalah haram dipakai oleh lelaki. Manakala bagi sutera tiruan yang di buat daripada benang kapas yang bercampur dgn benang sutera.. 

Nisbah Benang sutera > Benang kapas- Haram bg lelaki.

Nisbah Benang Kapas > Benang sutera- Harus dipakai oleh lelaki.

Jika nisbah itu tidak diketahui.. maka ia jatuh pd hukum "uruf" iaitu hukum kebiasaan.

Soalan #2

Boleh kah saya menjawab salam pelajar yang belum baligh, walhal ibu bapanya bukan beragama islam?

Jawapan

Mengikut syarak, agama anak bukan islam yang belum baligh adalah mengikut agama ibu bapanya. Sekali pun di sisi Allah mereka dikira belum lagi sebagai orang bukan islam.

Oleh itu, Sebahagian sarjana islam mengatakan cara menjawap salamnya seperti menjawap salam orang bukan islam yang dewasa iaitu cuma " Alaikum " shj.

Soalan #3

Ustaz, baru2 nie saya ada terjumpa seutas rantai emas di Mydin. Bagaimanakah cara untuk saya memulangkan kembali rantai itu sedangkan saya tidak tahu siapa tuannya?

Jawapan

Sesiapa yang menemui barangan yang tercicir di jalanan, maka dia tidak wajib mengambil barang itu. Apabila diambil, maka wajib dia mengiklankan penemuan itu di kawasan tempat barang itu di temui.

Selepas usaha itu tidak berjaya dalam tempoh setahun, maka barang itu boleh dimiliki oleh orang yang menemuinya.

Penemu brg itu perlu merekod jenis barang dan nilainya sebelum menjual ataupun mendermakannya supaya mudah menggantikannya apabila pemilik asal ditemui.

Soalan #4

Apakah hukum menggantung gambar tokoh2 agama di dinding ? bagaimana pula hukum menggantung gambar perkahwinan ?

Pendapat sarjana islam yang muktabar, tidak harus menggantung gambar2 bernyawa di dinding rumah ( gambar perkahwinan dan sebagainya ).
Sebahagian sarjana islam mengatakan harus gambar2 yang mengingatkan manusia kepada akhirat seperti gambar sarjana2 islam yang tersohor dan org soleh dgn syarat bukan menjadikan sbg perhiasan. Pendapat ini adalah pendapat paling sedikit dikalangan sarjana islam.

Soalan #5

Saya membaca dalam akhbar, ada mufti menyatakan boleh memakai gelang dengan tujuan kesihatan. Setahu saya, perkara yang jelas haram tetap haram. Apakah Hukumnya ?

Jawapan

Berkemungkinan maksud mufti itu memakai gelang bertujuan perubatab yang disyaratkan tidak ada niat berhias dan bentuknya tidak menyamai gelang perhiasan.

Sekiranya gelang yang kebiasaan dipakai oleh orang ramai, Hukumnya adalah haram kerana bentuknya adalah jelas sebagai perhiasan.

Soalan #6

Adakah lafaz insya-Allah itu dikira satu janji ?

Jawapan

Lafaz Insya-Allah tidak dikira sebagai berjanji kerana ia hanya perkataan yang bertujuan mengingatkan bahawa kita hanya mampu merancang tetapi Allah ayng menentukan.

Janji perlu dilafazkan dgn jelas seperti:

" Bila kamu mahu membayar hutang saya? "
Kemudian menjawab " saya bayar ESOK, Insya-Allah "

Soalan #7

Saya bekerja di dlm sektor perhotelan selama 10 tahun. Di tempat saya bekerja ada bahagian yang menghidangkan minuman keras dan kebanyakannya dikendali oleh org melayu. Menurut pandangan ustaz, adakah saya termasuk dalam golongan orang yang subahat ? adakah pendapatan bulanan saya 100% rezeki yang halal ? Jualan minuman keras it termasuk dengan pandapatan hotel yang lain.

Jawapan

Sesiapa yang terlibat secara langsung dengan minuman keras ini seperti membeli, menghidangkan, mengangkat ataupun seumpamanya, maka dia dilaknat oleh Allah. Dia dikira bersubahat dengan orang yang meminum arak itu. 

Pekerja yang tidak terlibat scara langsung tidak termasuk yang kena laknat. Manakala pendapatan yang diperolehinya tidak berkat.

Soalan #8

Adakah boleh hijab ( penutup tabir) antara bahagian perempuan dibuka semasa majlis ilmu diadakan ? Apakah Hukumnya ?

Jawapan

Menurut pendapat sarjana islam, Sekiranya pendengar yang terdiri daripada perempuan itu ramai, maka harus belajar dengan guru lelaki tanpa ada tabir. Sekiranya seorang, maka tidak harus kerana ia boleh mendatangkan fitnah..

Begitu lah serba sedikit yang bro cuba kongsikan.. Marilah kita renung2 kan. Aminnnn...

Chow,

Bro. Janggut.








No comments:

Post a Comment

Dare to comment?